i am copy cat , so what hell : P


tipu laa kalau koarang takbiasa dengar perempuan zaman sekarang menangis kerana seorang lelaki . mostly koarang buad tatahu jee laa kan sebab dah terbiasa dengan auta yang perempuan nie memang suka menangis .

ouhkay attention , Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah . hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya semata-mata kerana anda.



Apabila dia menangis di hadapan anda,

Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan ,
Berbaloikah dia menangis,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan meminta belas kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia takmampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi beban yang kian memberat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara . Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya .




-nukilan kakak ety cantik (;